-->
Malam tadi aku sempat tengok Forum Dato Fazilah Kamsah,best jugak sekali sekala tengok bual bicara ni..bermacam-macam topic yang tak terfikir di akal mereka utarakan.
Antaranya:
-" Adakah kita dah bersedia menjalinkan hubungan yang serius
dengan seseorang? "
-" Adakah kita dah menggenal atau fahami diri kita sendiri
sebelum kita nak kenal seseorang?"
-" Adakah kita dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk
menyayangi pasangan kita sepenuh jiwa dan raga kita serta
sanggup berkorban apa sahaja demi pasangan kita?"
-" Adakah dah cukup ilmu di dada tentang
perhubungan/perkahwinan?"
-" Adakah kita dah mengkaji sejarah, pergaulan, kehidupan,
kesihatan, perangai,kebiasaan dan macam2 lagi hal pasangan
kita?"
-" Adakah kita dah mendapatkan restu daripada ibu dan bapa kita?
adakah mereka bersetuju atau kita memaksa mereka bersetuju?"
Ini baru 3 4 persoalan..banyak lagi persoalan yang di tanya dan di bentangkan. Persoalan nya di sini...adakah kah kita pernah berfikir dan merenung sedalam dalamnya sebelum memulakan perhubungan kita??? Rasa aku lah,jarang jugak orang bertanya pada diri sendiri, masing2 bila rasa dah cinta dan rasa dah serasi...mulalah berkata "Dialah yang terbaik untuk kita"...ya tak??
Selalu yang terjadi begini...(dari pandangan mata kasar aku aje ye..)
-Bercinta sebab tengok orang lain bercouple, kita pun cepat-cepat nak bercouple..takut nanti orang cakap tak laku.
-Bila dengar perkataan I love you atau I miss you..mula lah kita akan terasa dia memang cintakan kita sepenuh hati dan jiwa,sedangkan perkataan tu memang selalu di sebut..dengan kengkawan le..dengan kucing le..dengan emak dato nenek moyang pun di sebut...
-Bila dia pegang tangan kita..cuit muka kita..fuhhh meremang segala bulu kaki tangan, time tu mula lah berkata.."eshhh dia ni memang dah betul2 serasi dengan aku..perasaan lain macam timbul bila tersentuh aje dengan dia"..Haaa..yang ini bahaya sebab itu perasaan nafsu semata, perasaan tu makna nya syaitan dah masuk dalam diri kita. Ikutkan mana lah boleh berpegang2 tanpa ikatan..ya tak??
Bila dah khawin adakah kita buat begini :
-Menghormati pasangan kita?
-Sanggup berkorban buat pasangan?
-Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan?
-Tidak menjadi hamba pada pasangan?
-Menggawal kemarahan?
-Sentiasa berterus terang?
-Bergurau senda dan gelak ketawa bersama pasangan?
-Berdebat untuk menegakkan kebenaran?
-Menerima baik dan buruk pasangan?
-Mengungkit sejarah silam pasangan?
-Berfikiran terbuka?- tegur menegur tanpa bergaduh
-Bertolak ansur tanpa mementingka diri sendiri?
-Mencari kebaikan pasangan, bukan sentiasa mencari keburukan
pasangan?
-Murah dengan senyuman?
-Berkomunikasi dengan cara yang lembut?
-Harapkan pasangan memulakan tapi diri sendiri tidak?
Nak di kira banyak lagi ni..cuma ini yang termampu aku huraikan dan kongsikan bersama. Aku ni bukan lah pandai nak nasihat kan orang..cuma penggalaman yang aku kutip dan alami..serba sedikit aku kongsi kan di sini dan masukkan serba sedikit kata2 Dato fadzilah kamsah. Banyak benda kena kita fikirkan sebelum memulakan hubungan yang lebih rapat...Jangan jadi macam aku, tak berfikir dan mencari ilmu dulu sebelum berkahwin.Haa..cam ni le jadinya..
Zaman sekarang ni kira untung jugak untuk anak2 muda sebab banyak tempat untuk kita tuntut ilmu berkenaan ini dan banyak kursus di adakan sebelum menempuh alam rumahtangga.
RENUNG-RENUNGKAN
Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman
Akal menjadi pedoman menuju keharmonian dan keutamaan
Hawa nafsu menyuruh kita berangan-angan tentang kebahagiaan
Tapi akal menyuruh kita pertimbangkan antara kebaikan atau keburukan





{ 10 comments... read them below or add one }
Post a Comment